KETUA jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah mengakui anak buahnya beraksi di bawah tahap sebenar selepas tewas 0-3 kepada Pulau Pinang pada saingan Liga Premier, semalam.
Jurulatih kelahiran Perlis itu berkata, pasukannya gagal mengekalkan momentum permainan selepas menang selesa 5-1 ke atas UKM FC pada minggu lalu.