Warga KEDA disaran kibar Jalur Gemilang

Iklan
Kamarudin (tiga dari kanan) menyerahkan bendera kepada Ahmad Hilmi sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang KEDA di Kolej KEDA, semalam. - Foto Ihsan KEDA

SIK - Setiap warga Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) perlu ada kesedaran untuk memastikan Jalur Gemilang dipasang dan dikibarkan di pejabat dan rumah masing-masing sepanjang tahun.

Pengurus Besarnya, Kamarudin Abd Akib berkata, semangat patriotik perlu sentiasa ada terutamanya dalam kalangan warga KEDA ketika negara sedang berhadapan dengan situasi pandemik koronavirus (Covid-19).

Iklan
Iklan

"Kita semua dengan sendirinya perlu rela hati mengibarkan dengan megah Jalur Gemilang di sepanjang tahun tanpa perlu menunggu adanya program sambutan bulan kebangsaan dan kibar Jalur Gemilang.

"Apabila kesedaran ini sudah ada dalam diri setiap orang, maka ia bermakna kita telah berjaya menjiwai kemerdekaan negara ini,” katanya ketika melancarkan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang KEDA Tahun 2020 di Kolej KEDA, dekat sini semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KEDA, Ahmad Hilmi Talib.

Iklan

Menurutnya, majlis kali ini diadakan secara sederhana mengikut prosedur operasi standard (SOP) selain menyahut seruan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar setiap agensi berperanan aktif dalam menyemarakkan semangat bulan kemerdekaan.

Katanya lagi, semangat Malaysia Prihatin ini dizahirkan kepada mereka yang bertugas di barisan hadapan dan rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Iklan

"Semangat Malaysia Prihatin ini juga kita hendak semarakkan di segenap segi kehidupan masyarakat, bukan sahaja dalam usaha kita menamatkan terus wabak Covid-19 tetapi dalam usaha memulihkan semula ekonomi dan kehidupan rakyat ke arah yang lebih baik,"katanya.

Dalam pada itu, Kamarudin turut mengingatkan semua warga KEDA agar menggalas amanah dan tanggungjawab yang besar dengan baik bagi kesejahteraan masyarakat luar bandar di Kedah.