Covid-19: Singapura rekod 54 kes baharu, 7 kes import

Iklan

SINGAPURA - Singapura mengesahkan 54 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah jangkitan di republik itu kepada 56,771 kes.

"Berdasarkan siasatan kami setakat ini, terdapat lapan kes dalam komuniti iaitu tujuh ialah warga Singapura atau pemastautin tetap dan satu lagi adalah pemegang pas kerja,” menurut Kementerian Kesihatan (MOH) republik ini dalam data ringkas yang dikeluarkan hari ini.

Iklan
Iklan

Kementerian itu memaklumkan terdapat tujuh kes import yang semuanya diberikan Notis Duduk di Rumah sebaik tiba di Singapura.

Menerusi data lengkap yang dikeluarkan lewat semalam, republik itu mengklasifikasikan 889 daripada kes dilaporkan adalah kes import, 2,229 sebagai kes komuniti dan 53,599 melibatkan penghuni asrama.

Iklan

Sebanyak 55,447 pesakit sembuh sepenuhnya daripada jangkitan itu dan dibenarkan keluar hospital atau kemudahan rawatan komuniti.

Sementara itu, 70 kes disahkan masih berada di hospital tetapi tiada seorang pun yang dirawat di unit rawatan rapi.

Iklan

Sejumlah 1,173 pesakit yang mempunyai gejala ringan atau secara klinikal sihat tetapi diuji positif Covid-19 diasingkan dan dirawat di kemudahan komuniti.

Sehingga kini, seramai 27 orang meninggal dunia akibat komplikasi daripada Covid-19 di republik itu.

Tiada kluster baharu dikenal pasti semalam.- Bernama