Polis tahan pemandu mabuk

Iklan
Pemandu yang ditahan dalam Ops Mabuk di Jalan Persiaran Utama, Nilai awal pagi tadi.

NILAI - Seorang pekerja swasta ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Ops Mabuk yang diadakan di Jalan Persiaran Utama, dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd Noor Marzukee Besar berkata, pihaknya telah membuat pemeriksaan dan melakukan ujian pernafasan terhadap dua pemandu yang disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol, namun hanya seorang sahaja ditahan.

Iklan
Iklan

"Ketika operasi dijalankan, polis telah membuat pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan jenis Proton Myvi yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 21 tahun dalam keadaan mencurigakan.

"Polis kemudiannya membuat ujian nafas menggunakan alat SD2+ ke atas pemandu kenderaan tersebut kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol

Iklan

"Hasil ujian mendapati bacaan alkohol dalam nafas melebihi kadar yang dibenarkan. Lelaki itu kemudiannya dibawa ke Balai Trafik Nilai untuk ujian selanjutnya menggunakan alat EBA," katanya.

Tambahnya, hasil ujian lanjut mendapati bacaan alkohol dalam nafas adalah 093mg/100ml, iaitu melebihi daripada paras yang ditetapkan.

Iklan

Suspek ditahan di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk tindakan lanjut.

Katanya, operasi yang berakhir jam 3 pagi itu berjaya mengesan dan membuat pemeriksaan ke atas seorang lagi pemandu kereta yang dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol.

Walau bagaimanapun, hasil ujian mendapati bacaan adalah rendah dan suspek telah dibebaskan tanpa syarat.