Lebih 70 orang disyaki militan maut di Utara Sinai

Iklan
Gambar fail menunjukkan beberapa trak tentera menuju ke ibu negeri wilayah Utara Sinai, El-Arish, Mesir. - AFP

KAHERAH - Tentera Mesir mengumumkan semalam bahawa lebih 70 orang yang dituduh sebagai golongan jihad telah terbunuh dalam satu operasi baru-baru ini di Utara Sinai iaitu sebuah lokasi pemberontakan yang dikaitkan dengan kumpulan Negara Islam.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak tentera menyatakan operasi itu telah menyasarkan sejumlah rumah yang disyaki didiami oleh 'pengganas' yang menyebabkan 73 orang maut di wilayah tersebut antara 22 Julai dan 30 Ogos lalu.

Iklan
Iklan

Empat orang lagi turut terbunuh, kata kenyataan tersebut yang tidak menyatakan maklumat lanjut.

Dalam pertempuran itu, tiga pegawai dan empat askar terbunuh atau cedera, tambah kenyataan itu tanpa memberikan butiran dengan lebih lanjut.

Iklan

Pada Februari 2018, pasukan keselamatan melancarkan satu operasi di seluruh negara bagi menentang para militan dengan tumpuan operasi di Utara Sinai.

Lebih 930 orang yang disyaki sebagai militan terbunuh di wilayah tersebut bersama dengan puluhan kakitangan keselamatan, menurut satu perangkaan rasmi. - AFP

Iklan