159 saman Op Ambang Merdeka di Taiping

Iklan
Pemeriksaan dijalankan polis dalam Op Bersepadu Ambang Merdeka malam tadi. - Foto ihsan IPD Taiping

TAIPING - Sebanyak 159 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan dalam Op Bersepadu Ambang Merdeka yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping di Taman Tasik Taiping dan Jalan Ipoh-Butterworth, malam tadi.

Kesemua saman berkenaan hasil pemeriksaan ke atas 140 motosikal dan 20 kereta bermula jam 9 malam hingga 6 pagi.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, kesalahan paling tinggi direkodkan melibatkan tiada cermin sisi, ubah suai ekzos, tiada insurans kenderaan dan penunggang tidak mempunyai lesen.

Osman Mamat

"Hasil pemeriksaan itu, polis telah menyita empat motosikal dan dua kereta untuk siasatan lanjut," katanya.

Iklan

Menurutnya, operasi disertai dua pegawai dan 10 anggota itu turut menjalankan pemeriksaan ke atas 215 individu.

"Bagaimanapun tiada sebarang tangkapan dilakukan," katanya.

Iklan