Wanita UMNO mahu lebih banyak bantuan untuk ibu tunggal

Iklan
Noraini Ahmad

SHAH ALAM - Wanita UMNO mahu lebih banyak bantuan disalurkan kepada golongan wanita yang menjadi tulang belakang kepada sesebuah keluarga terutama ibu tunggal dan warga emas.

Ketuanya, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, ia selaras dengan usaha untuk meringankan beban yang ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah atau B40.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pandemik Covid-19 yang melanda seluruh negara memberi impak yang begitu hebat kepada seluruh negara dan tidak terkecuali rakyat Malaysia.

"Ekonomi negara terjejas dan pendapatan rakyat terkesan hebat. Di sinilah, pentadbiran kerajaan menunjukkan sikap yang begitu bertanggungjawab apabila amat prihatin dengan permasalahan yang menimpa rakyat.

"Pelbagai bantuan dihulurkan, suara rakyat didengari dan seboleh mungkin kerajaan cuba meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat," katanya dalam satu kenyataan sempena Hari Kebangsaan ke-63 hari ini.

Iklan

Katanya, usaha bagi meringankan beban rakyat termasuk golongan wanita itu juga bertepatan dengan tema sambutan Hari Kebangsaan ke-63 iaitu ‘Malaysia Prihatin’.

Noraini berharap agar kerajaan mewujudkan beberapa kursus secara percuma kepada golongan wanita dan memberi peluang perniagaan secara kecil-kecilan agar ia dapat menjana lagi pendapatan seisi rumah.

Iklan

"Apapun, sudah pasti kerajaan lebih cakna dalam merangka pelan strategi bagi membantu rakyat," katanya.