558 individu, 432 kenderaan diperiksa di SPU

Iklan
Ops Ambang Merdeka yang dijalankan di daerah Seberang Perai Utara (SPU) bermula jam 6 petang semalam hingga 4 pagi tadi.

BUTTERWORTH - Seramai 558 individu dan 432 buah kenderaan diperiksa dalam Ops Ambang Merdeka di daerah Seberang Perai Utara (SPU) yang bermula jam 6 petang hingga 4 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, operasi melibatkan 24 pegawai dan 135 anggota itu turut dibantu Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Iklan
Iklan

Menurutnya, dalam operasi sama, KKM turut mengeluarkan notis penutupan selama tujuh hari ke atas sebuah pusat hiburan keluarga di Mak Mandin.

"Selain pusat hiburan keluarga itu, kita memberi amaran kepada sebuah premis hiburan di kawasan sama kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Iklan

"Operasi ini juga memberi tumpuan kepada pencegahan jenayah dengan mengadakan ronda cegah jenayah dan sekatan jalan raya. Sebanyak 12 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya," katanya ketika dihubungi tadi.

Seramai 558 individu dan 432 buah kenderaan diperiksa dalam Ops Ambang Merdeka yang dijalankan di daerah Seberang Perai Utara (SPU) bermula jam 6 petang semalam hingga 4 pagi tadi.

Noorzainy berkata, selain operasi tersebut, pihaknya menjalankan operasi berlainan yang menumpukan kesalahan trafik.

Iklan

"Seorang pemandu berusia 46 tahun ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk. Dia disiasat mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Kita turut menahan seorang lelaki kerana memiliki 4.6 gram heroin dan 1.1 gram syabu. Operasi tersebut turut memeriksa 75 individu dan 70 buah kenderaan dengan 22 saman dikeluarkan," katanya.