Sewa premis pejabat untuk judi online

Iklan
Antara yang ditahan dalam Op Dadu di sebuah bangunan di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, malam tadi.

KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur mematahkan sindiket perjudian online yang beroperasi di premis pejabat di Jalan Tun Razak, di sini, menerusi Op Dadu selepas menyerbu dua premis di tingkat 10 bangunan terbabit.

Serbuan pertama berjaya menahan seramai 22 lelaki berusia dalam lingkungan 19 hingga 30 tahun termasuk tiga warga China dan siasatan awal mendapati seorang warga tempatan disyaki sebagai penjaga dan selebihnya merupakan operator.

Iklan
Iklan

Serbuan di premis kedua pula menahan lapan warga tempatan berusia lingkungan 21 hingga 27 tahun.

Menurutnya, hasil serbuan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bermula jam 10 malam itu merampas 69 buah monitor, 45 unit central processor unit (CPU), tetikus (46), simkad (12), telefon bimbit (59) dan modem wifi (1).

Iklan
Antara yang ditahan dalam Op Dadu di sebuah bangunan di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, malam tadi

Polis percaya kedua-dua kes membabitkan sindiket berasingan yang beroperasi dengan bayaran sewa berjumlah RM12,000 sebulan dan hasil siasatan juga mendapati modus operandi ialah mempromosikan permainan judi online bagi pasaran di China

Tambahnya, sindiket akan menghantar ratusan pesanan melalui aplikasi Soul, Wechat dan Telegram kepada pelanggan di negara terbabit dengan tujuan sebagai mempromosikan perjudian online.

Iklan

Suspek juga dipercayai menerima gaji sebanyak RM2,000 sehingga RM3,000 sebulan.

Kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk siasatan lanjut mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Akta Imigresenn1959/63.