23 anak Merdeka sambut hari lahir bersama

Iklan
Majlis sambutan hari jadi anak merdeka diadakan di Kolam Ikan Lan Dayung Pekan Nanas, Pontian malam tadi.

PONTIAN - Seramai 23 orang anak merdeka yang lahir pada tanggal 31 Ogos menyambut hari lahir mereka bersama-sama di Kolam Udang Lan Dayung Pekan Nanas, malam tadi.

Penganjur program, Rodahlan Tajon, 41, berkata, dia cukup teruja untuk bersama-sama meraikan malam merdeka dengan menjemput anak merdeka dan menyambut hari jadi mereka.

Iklan
Iklan

Katanya, anaknya iaitu Muhammad Raiyan Zafran, 7, turut lahir pada 31 Ogos.

"Mereka yang hadir berumur paling muda setahun dan paling tua, 64 tahun. Masing-masing gembira kerana sama-sama berkongsi hari yang bertuah pada setiap tahun.

Iklan

"Ada yang mengenakan pakaian daripada Jalur Gemilang. Semuanya bersemangat menyanyikan lagu patriotik bersama-sama," katanya

Selain acara memotong kek yang disertai oleh anak-anak merdeka, pelbagai hadiah menarik juga disediakan kepada para pengunjung termasuk ahli keluarga yang turut hadir membawa anak-anak mereka.

Iklan

Tambah Rodahlan, beliau bercadang untuk menjadikan program anak-anak merdeka sebagai acara tahunan di kolam udangnya.