Warga emas meninggal dunia ketika ikuti ekspedisi

Iklan
Mangsa dibawa ke jalan utama untuk diberikan bantuan sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai ekspedisi pacuan empat roda ke Lata Bintang Hijau, Gerik hari ini.

GERIK - Seorang lelaki disahkan meninggal dunia apabila tidak sedarkan diri ketika menyertai ekspedisi pacuan empat roda ke Lata Bintang Hijau, di sini hari ini.

Panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Gerik pada jam 1.40 petang memaklumkan seorang lelaki dikenali Md Roslan Shariff, 60, berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, setibanya jentera di tempat kejadian didapati mangsa telah dibawa keluar ke jalan utama oleh peserta ekspedisi terbabit.

"Pegawai perubatan hospital mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Iklan

"Anggota kemudiannya membuat pemantauan di lokasi kejadian sebelum menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood mengesahkan kejadian dan memberitahu mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung.

Iklan