UKM FC dicabar bangkit benam Sarawak United

Iklan
Sulaiman optimis pemain UKM FC mampu memberikan impak positif berdasarkan prestasi menentang Kuala Lumpur sebelum ini. -Foto: UKM FC

[DIKEMASKINI] PEMAIN UKM FC dicabar untuk bangkit pada aksi Liga Premier berdepan Sarawak United yang dijadualkan berlangsung di Stadium Negeri, Kuching Jumaat ini setelah gagal meraih mata dalam dua aksi sebelum ini.

Pengendali UKM FC, Sulaiman Husin berkata, cabaran itu dibuat berdasarkan kepada peningkatan yang ditunjukkan The Varsity Boys ketika berdepan Kuala Lumpur, 28 Ogos lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, biarpun tewas 1-2 pada perlawanan berkenaan namun kesebelasan pemain mula menunjukkan peningkatan ketara setelah tewas 1-5 kepada Kelantan pada 22 Ogos.

"Kita buat kerja rumah untuk perbaiki aspek pertahanan yang kita lihat ada peningkatan, cuma kita akan cuba pertajamkan lagi daripada segi penyudah kita.

Iklan

"Saya percaya pemain saya akan bangkit dan akan berikan aksi yang terbaik pada perlawanan malam ini,” katanya.

Mengenai prestasi penyerang importnya, Akanni Sunday Wasiu yang agak kurang menyerlah sejak kebelakangan ini, Sulaiman berkata, dia melihat pemain tersebut sebenarnya telah berusaha memberikan aksi terbaik dalam setiap perlawanan.

Iklan

Bagaimanapun menurut Sulaiman pemain berusia 36 tahun itu perlu lebih tajam ketika berada di depan gawang bagi memudahkannya meledak jaringan.

"Bagi saya kita nampak usaha dia di atas padang dan juga di dalam latihan selama ini.

"Cuma dia perlu tampil lebih tajam dalam perlawanan yang diharungi bagi merobek gawang lawan termasuklah pada perlawanan malam ini,” katanya.