SHAH ALAM - Sebuah syarikat perlombongan dikatakan telah menggunakan gambar Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebagai salah sorang daripada barisan pengurusan mereka.
Begitupun nama yang tertera pada gambar Dr Noor Hisham adalah Aidan Razif dengan menjawat jawatan Ketua Pegawai Operasi (COO).
Iklan
Iklan
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan tindakan syarikat terbabit yang menggunakan gambarnya di laman web syarikat mereka adalah salah.
"Syarikat Kashi Mining ada menggunakan gambar saya dalam laman web mereka sebagai Ketua Pegawai Operasi. Jelas ini adalah palsu,” katanya menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Twitternya kira-kira jam 8.10 malam ini.
Berdasarkan carian di internet, syarikat yang berpengkalan di Labuan itu mengendalikan tiga belas lombong batu permata dengan melibatkan sebelas sistem perlombongan bawah tanah di empat puluh enam kawasan perlombongan secara berterusan di India.