SEREMBAN - Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop mengalami kecederaan patah di bahu kiri apabila terlibat dalam kemalangan motosikal berkuasa tinggi di Bentong, Pahang petang tadi.
Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman berkata, insiden itu berlaku pada kira-kira jam 2.30 petang.