KUALA LUMPUR - Seorang warga Pakistan mencari anak perempuannya yang menghilangkan diri sejak lebih dua bulan lalu.
Jamil Muhammad, 56, berkata, anaknya bernama Aisha berusia 19 tahun dipercayai keluar bersama teman lelakinya yang dikenali sebagai Abneer.
Menurutnya, kali terakhir anaknya itu dilihat berada di kondominium yang disewanya di Jalan Cempaka 6, Ampang sekitar Jun lalu.
"Ketika keluar dari rumah, Aisha ada membawa bersama wang tunai RM15,000 dan barang kemas miliknya.
"Saya harap mereka yang tahu di mana Aisha boleh menghubungi saya,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Jamil berkata, tiga laporan polis juga telah dibuat sejak Jun lalu berkenaan kehilangan anaknya itu.
"Saya difahamkan beberapa rakan Aisha sudah dipanggil polis dan yakin Aisha masih berada di sekitar Kuala Lumpur atau pun Selangor,” katanya.
Dalam pada itu, Jamil turut menawarkan ganjaran wang tunai RM10,000 kepada mana-mana pihak yang dapat menyalurkan maklumat hingga Aisha berjaya ditemui semula.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Aisha boleh menghubungi Jamil di talian 016-6580706 atau Suhal 011-302288819.