Lima maut serangan Israel ke atas Syria

Iklan
Sebuah kereta kebal Israel ditempatkan di Bukit Golan bersempadan dengan Syria. - Foto AFP

BEIRUT - Serangan Israel ke atas sasaran tentera di selatan bandar Damsyik semalam telah menyebabkan dua askar dan tiga pejuang terbunuh, kata sebuah kumpulan pemantau.

Agensi berita SANA berkata, rejim Zionis melancarkan satu serangan di beberapa kedudukan Syria di selatan bandar Damsyik dan pasukan pertahanan Syria lewat semalam.

Iklan
Iklan

"Serangan Israel itu menyebabkan dua pejuang mati dan tujuh lagi askar cedera," kata satu sumber yang menyatakan tembakan datang dari arah Bukit Golan yang diduduki Israel.

Badan Pemantau Untuk Hak Asasi Syria yang beribu pejabat di Britain berkata, tiga lagi pejuang bukan rakyat negara itu juga terbunuh dalam serangan itu.

Iklan

Ia menyatakan peluru berpandu menyasarkan kumpulan Hezbollah yang prokerajaan dan pejuang yang bersekutu dengan Syria di selatan Damsyik dan di wilayah selatan Daraa.

Israel telah melancarkan ratusan serangan sejak perang saudara meletus pada tahun 2011 sekali gus menentang kumpulan Hezbollah dan pasukan tentera Iran yang menyokong Presiden Syria, Bashar al-Assad termasuk tentera negara itu. - AFP

Iklan