Pewaris Samsung akan didakwa kerana menipu

Iklan
Jae Yong disyaki terlibat dalam skim merancang penggabungan dan penipuan dengan cara mengambil alih kawalan syarikat konglomerat terbesar negara itu daripada ayahnya Lee Kun Hee, yang sedang sakit akibat serangan jantung pada 2014. - Gambar hiasan 123RF

SEOUL - Pewaris Samsung Group Lee Jae Yong akan didakwa kerana terbabit dengan isu penggabungan syarikat yang mencetuskan kontroversi dan penipuan akaun, lapor berita Yonhap memetik sumber undang-undang hari ini.

Difahamkan pihak pendakwaan akan meneruskan siasatan dan mendakwa Jae Yong tanpa penahanan, susulan kes manipulasi saham dan pelanggaran undang-undang pasaran modal berhubung penggabungan dua syarikat Cheil Industries Inc dan Samsung C&T pada 2015 serta penipuan akaun unit farmasi Samsung Biologics.

Iklan
Iklan

Pendakwa mengesyaki Jae Yong, naib ketua Samsung Electronics terlibat dalam skim merancang penggabungan dan penipuan dengan cara mengambil alih kawalan syarikat konglomerat terbesar negara itu daripada ayahnya Lee Kun Hee, yang sedang sakit akibat serangan jantung pada 2014.

Jae Yong juga disyaki terlibat dengan sebahagian rancangan meningkatkan nilai Samsung Bioepis, usaha sama antara Samsung Biologics, anak syarikat Cheil Industries dan Biogen Inc yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Iklan

Beliau bagaimanapun, menafikan sekeras-kerasnya semua dakwaan itu sejak siasatan dimulakan pada November 2018.

Namun, pihak pendakwa yakin mempunyai bukti yang cukup untuk meneruskan siasatan dan mendakwa Jae Yong. - Bernama

Iklan