CARACAS - Presiden Venezuela, Nicolas Maduro pada Isnin mengampunkan lebih 100 pemimpin pembangkang yang sedang menjalani hukuman atau menghadapi tuduhan jenayah, menjelang pilihan raya parlimen pada 6 Disember, lapor agensi berita Xinhua.
Menteri Komunikasi dan Penerangan Jorge Rodriguez berkata, langkah itu bertujuan untuk 'menggalakkan keamanan dan penyelesaian kontroversi melalui saluran perlembagaan dan pilihan raya'.