Status OKU bukan penghalang semarakkan kemerdekaan negara

Iklan
Muhammad Azamirudin (berkerusi roda) menyampaikan sumbangan kepada penduduk di perkampungan orang-orang asli Kuala Mu, Perak.

ALOR SETAR - Seorang lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) tidak menjadikan kekurangannya sebagai halangan untuk turut menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan melalui aktiviti amal konvoi bermotosikal.

Muhammad Azamirudin Ismail, 26, berkata, penganjuran konvoi 'Ride On Cool' itu melibatkan 30 motosikal dengan peserta seramai 50 orang.

Iklan
Iklan

Katanya, bertemakan 'Malaysia Prihatin' pada tahun ini, dia mengambil kesempatan melakukan aktiviti kebajikan bersama anak-anak muda.

"Alhamdulillah, saya bersyukur program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan sangat berterima kasih kepada rakan-rakan yang banyak menyokong dan membantu saya. Tanpa mereka program ini tidak akan berjalan dengan lancar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Iklan

Menurutnya, konvoi yang masuk tahun ketiga penganjurannya itu melibatkan peserta dari sekitar utara Semenanjung iaitu negeri Kedah dan Pulau Pinang yang turut menitikberatkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Muhammad Azamirudin tidak menjadikan kekurangannya sebagai halangan untuk melakukan kerja amal di samping menyemarakkan semangat kemerdekaan.

"Konvoi ini bermula dari Jambatan Pulau Pinang dan mengambil masa selama empat jam untuk sampai ke destinasi penamat iaitu di perkampungan orang-orang asli Kuala Mu, Perak.

Iklan

"Alhamdulillah, kami berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada penduduk-penduduk orang asli di situ yang mana sumbangan berkenaan adalah hasil kutipan daripada para peserta konvoi.

"Insya-ALLAH, aktiviti-aktiviti amal sebegini akan diteruskan di masa akan datang termasuk ketika sambutan Hari Malaysia pada 16 September depan. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai program-program ini boleh menghubungi Farhan selaku pengurus program di talian 012-5426414 (WhatsApp)," katanya.