Permohonan pengecualian duti setem PKS selewat-lewatnya 31 Julai tahun depan

Iklan

PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) melalui SME Corp Malaysia menyediakan insentif pengecualian duti setem kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi aktiviti penggabungan dan pengambilalihan (M&A).

Menurut SME Corp Malaysia, permohonan insentif itu hanya layak untuk PKS yang melaksanakan aktiviti M&A dalam tempoh antara 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021.

Iklan
Iklan

Katanya, borang permohonan boleh dimuat turun melalui laman web SME Corp Malaysia di www.smecorp.gov.my dan perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 31 Julai 2021.

"Pengecualian merangkumi koskontrak atau perjanjian untuk penjualan atau pajakan harta tanah, suratcara pemindahan dan memorandum persefahaman, pinjaman atau perjanjian pembiayaan serta perjanjian penyewaan pertama.

Iklan

"Insentif ini diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin di bawah pakej Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) dan dilaksanakan dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

"Ia dikhaskan kepada syarikat PKS milikan penuh rakyat Malaysia dalam semua sektor termasuk pembuatan, perkhidmatan, pertanian serta perlombongan dan pengkuarian," kata SME Corp Malaysia dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Menurut perbadanan itu lagi, insentif tersebut dapat membantu membina keupayaan syarikat tempatan dan menggalakkan penggabungan dua entiti PKS atau pengambilalihan untuk menjadi satu entiti perniagaan baharu yang lebih besar melalui suratcara serta kontrak undang-undang.

Katanya, kerajaan melihat usaha penggabungan dan pengambilalihan dalam kalangan PKS dapat membantu memperkasakan keupayaan PKS serta mengelakkan kemerosotan syarikat akibat wabak Covid-19.