Hamas tamatkan serangan ke atas Israel

Iklan
Gambar fail menunjukkan sebuah lori memasuki Lintasan Kerem Shalom yang terletak di sempadan Israel dengan Genting Gaza. - Foto AFP

BANDAR GAZA - Pentadbiran Hamas mendedahkan mereka sudah mencapai persetujuan untuk menamatkan serangan melepasi sempadan dengan Israel yang berlaku selama lebih tiga minggu melalui satu perjanjian dibantu kerajaan Qatar selaku orang tengah.

Dalam konflik itu, rejim Zionis telah mengebom hampir setiap hari sejak 6 Ogos lalu sebagai tindak balas terhadap belon-belon api yang menuju ke negara Yahudi itu dan kadangkala serangan roket dilancarkan melepasi sempadan Gaza.

Iklan
Iklan

Selepas perbincangan dengan wakil kerajaan Qatar, Mohammed el-Emadi, satu persefahaman telah dicapai untuk mengekang peningkatan konflik dan menamatkan serangan Israel ke atas penduduk Gaza, kata pejabat pemimpin sebuah kumpulan Palestin, Yahya Sinwar.

Satu sumber Hamas memberitahu AFP, penggunaan belon api dan lain-lain serangan ke atas negara Yahudi itu telah dihentikan dengan sepenuhnya.

Iklan

"Bekalan minyak akan kembali semula dan stesen tenaga akan bermula mulai hari ini," ujar satu sumber.

Sementara itu, unit kementerian pertahanan Israel iaitu COGAT dalam satu kenyataan berkata, ia akan menyambung semula aktiviti di Lintasan Kerem Shalom termasuk kemasukan produk-produk minyak bermula hari ini.

Iklan

Sebagai tambahan, zon perikanan di Genting Gaza akan diperluaskan kepada 15 batu nautika. - AFP