Sertai parti anak muda: Ulya Aqamah akui dalam dilema

Iklan
Ulya

SHAH ALAM - Bekas Ketua Penerangan Armada Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Ulya Aqamah Husamuddin belum membuat keputusan untuk menyertai parti anak muda yang bakal ditubuhkan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman.

Menurut Ulya, beliau kini masih dalam dilema dan mengambil kira beberapa faktor sebelum membuat keputusan.

Iklan
Iklan

"Saya belum lagi buat keputusan. Saya masih dilema kerana ada beberapa perkara tengah tengok dan begitu juga dengan Pejuang (parti ditubuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad).

ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan Rundingan Muda Malaysia diumum dalam masa terdekat

Iklan

"Dalam seminggu lagi saya akan umumkan keputusan saya,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Mengenai kehadirannya dalam Rundingan Muda Malaysia yang berlangsung selama tiga jam di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru semalam, Ulya berkata, pertemuan itu membabitkan perbincangan bersama pihak berkepentingan.

Iklan

Sementara itu, ikon pendakwah muda yang turut hadir dalam pertemuan tersebut, Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ikhsan memberi gambaran sama apabila memuat naik status di Twitter bagi meminta pandangan warganet mengenai perkara tersebut.

PU Rahmat

"Saya dan beberapa anak muda telah dijemput Syed Saddiq untuk menyertai parti politik baharu yang berasaskan anak muda.

"Apa pandangan 'twitterjaya' tentang penubuhan parti anak muda?,” soalnya.

Sementara itu dalam ciapan di Twitter, Syed Saddiq yang juga bekas Ketua Armada Bersatu menegaskan bahawa anak muda tidak boleh lagi dipanggil pemimpin masa hadapan negara.

"Sejak saya di bangku sekolah lagi saya dengan ini (orang muda pemimpin masa hadapan negara).

"Orang muda adalah pemimpin hari ini. Waktunya adalah sekarang, kalau bukan sekarang, bila lagi?” ujar beliau.