Kereta dilanggar dari belakang tapi...

Iklan
Perkongsian Arman Imran mengenai keprihatinan Hishamuddin menarik perhatian netizen

SEORANG pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur menerima pujian warganet kerana kemuliaan hatinya membantu individu yang melanggar kenderaannya pagi tadi.

Dalam kejadian pagi tadi itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Kuala Lumpur, Lt (PA) Hishamuddin Salleh yang dalam perjalanan ke tempat kerja dikejutkan dengan insiden keretanya dilanggar.

Iklan
Iklan

Namun tindakan yang dilakukan Hishamuddin ke atas individu yang melanggar keretanya mendapat pujian warga maya.

"Daripada mengherdik atau memarahi mangsa, beliau yang juga bomba sukarela FGV Kuala Lumpur bertindak membantu mangsa," tulis pentadbir Facebook Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Kuala Lumpur.

Iklan

Pemilik akaun Facebook Arman Imran yang berkongsi kisah keprihatinan Hishamuddin turut menggelarnya sebagai hero sebenar.

Arman Imran memberitahu kemalangan berpunca daripada kecuaian dua penunggang motosikal yang melanggar kereta Hishamuddin dari arah belakang.

Iklan

Walaupun mengetahui kenderaannya dilanggar tetapi Hishamuddin pantas berhenti di tepi jalan untuk membantu dua mangsa terbabit.

"Dia (Hishamuddin) parking tepi, letakkan signal keretanya pada mode kecemasan.

"Dia tolong penunggang tu bergerak ke tepi jalan. Dia buka bonet kereta, ambil alatan paramedik, dan bagi bantuan rawatan awal kecemasan, merawat dengan sepenuh hati dan empati," tulis Arman Imran.

Jelasnya, mangsa dalam keadaan baik dan menerima rawatan susulan di klinik.

"Tahniah Hisham Salleh... you are real hero to me.. from the bottom of my heart, i am salute u.

"Semoga lebih ramai rakyat Malaysia bersifat ihsan sebegini," katanya.

Kisah penuh inspirasi itu mendapat pujian daripada netizen yang menyifatkan perbuatannya itu wajar dijadikan contoh oleh masyarakat.

Mazira Mohamad Yusuf berkata,"Terbaik, semoga menjadi tauladan pada semua".