Bela kambing di dalam rumah

Iklan
Aktiviti menjaja dijalankan warga Myanmar di Pusat Bandar Utara Selayang meskipun DBKL menjalankan tindakan penguatkuasaan di kawasan itu hampir setiap hari.

[LAPORAN KHAS] KUALA LUMPUR - Pusat Bandar Utara Selayang dan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur terkenal sebagai penempatan pendatang asing terutama etnik Rohingnya sejak bertahun lamanya.

Walaupun tindakan penguatkuasaan terhadap warga asing dan pendatang asing tanpa izin (PATI) kerap dilakukan Jabatan Imigresen sejak penularan wabak koronavirus (Covid-19), keadaan di kawasan berkenaan masih tidak menunjukkan perubahan besar.

Iklan
Iklan

Tinjauan Sinar Harian mendapati warga Myanmar masih menjaja di laluan pejalan kaki bangunan di Pusat Bandar Utara Selayang di sini walaupun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menjalankan tindakan penguatkuasaan di kawasan itu hampir setiap hari.

Selain itu, terdapat dalam kalangan mereka meraih ihsan orang awam dengan mengemis untuk mencari wang.

Iklan

Seorang penduduk tempatan yang mahu dikenali sebagai Ida, 39, berkata, tindakan penguatkuasaan tidak menakutkan orang Myanmar itu daripada terus berniaga di siar kaki tersebut.

Tindakan penguatkuasaan tidak menakutkan warga Myanmar untuk terus meniaga di siar kaki premis perniagaan.

"Saya tidak nampak perubahan kerana mereka masih berniaga di sini terutama pada waktu petang. Ada dalam kalangan mereka yang berniaga menjual sayur dan sireh macam biasa.

Iklan

Kalau penguat kuasa datang, mereka memang lari tetapi esoknya berniaga semula,” dakwa wanita tersebut yang tinggal cuma kira-kira 500 dari penempatan warga asing itu.

Ida yang sudah 12 tahun tinggal Taman Sri Murni turut mengakui, sebagai rakyat tempatan dia berasa terganggu dengan kebanjiran warga asing berkenaan.

"Mereka tidak menjaga kebersihan sehinggakan ada yang membela kambing di dalam rumah. Warga asing ini tidak mahu belajar budaya kita,” katanya.

Wan Yuhana Abdullah

Sementara itu, seorang penghantar makanan, Wan Yuhana Abdullah, 21, memberitahu, warga Myanmar yang tinggal di kawasan itu sebenarnya tidak sedaif seperti digambarkan sesetengah pihak sebaliknya ada antaranya lebih mewah daripada orang tempatan.

"Mereka lagi kaya daripada orang tempatan. Saya sendiri pernah beberapa kali mendapat pesanan untuk penghantaran makanan di kawasan itu.

"Kebanyakan mereka membuat tempahan makanan segera, namun biasanya saya suruh mereka ambil di bawah kerana saya tidak berani untuk membuat penghantaran hingga ke depan pintu rumah,” kata gadis rider itu lagi.