Malaysia perlu iktiraf pemimpin muda: Syed Saddiq

Iklan
SYED SADDIQ.- FOTO ROSLI TALIB

SHAH ALAM - Sudah tiba masanya Malaysia mengiktiraf kedudukan anak muda bukan sahaja sebagai pemimpin pada masa hadapan tetapi juga pemimpin hari ini melalui penubuhan parti dalam kalangan golongan tersebut.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abd Rahman berkata, sekiranya golongan tersebut ingin menubuhkan sebuah parti politik tradisi yang biasa dan sama, maka parti itu tidak akan berjaya untuk mara ke hadapan bagi menggembleng tenaga rakyat Malaysia yang berbilang bangsa serta agama.

Iklan
Iklan

"Tetapi jika sebuah parti politik tersebut dipimpin oleh barisan barisan anak muda yang datang daripada golongan profesional akademia, golongan teknokrat muda, ahli perniagaan yang berjaya, petani muda ini dapat menyatupadukan rakyat Malaysia serta menangkap fahaman majoriti rakyat Malaysia.

"Maka saya rasa ini boleh dijadikan parti politik yang disruptif bukan hanya kerana ia dipimpin oleh golongan baru muda tetapi pada masa yang sama dipimpin oleh anak muda yang telah berjaya di dalam bidang masing-masing,” katanya.

Iklan