KUALA LUMPUR - Menurut laporan penghantaran telefon baru-baru ini yang dikendalikan oleh Canalys, vivo dengan jayanya memperolehi sejumlah 21 peratus syer pasaran antara pemain utama pasaran dalam suku kedua 2020. Seterusnya menjadikan vivo sebagai jenama pengeluar telefon pintar nombor satu di Malaysia.
Berdasarkan kepada carta, vivo mengetepikan semua pengeluar telefon pintar utama dengan menjadi vendor telefon pintar terbesar di Malaysia dan mengumpulkan suatu kadar tokokan sebanyak 59 peratus pada pertumbuhan tahunannya.
Kembali pada tahun 2018, vivo memperkenalkan vivo X21 yang telah diisytiharkan sebagai peranti pertama yang menampilkan sensor cap jari di Malaysia.
Dengan vivo terus mendorong batas teknologi ke tahap kemodenan dan kemajuan yang seterusnya, X50 Pro yang baru dilancarkan adalah telefon pertama yang memanfaatkan kamera yang dibuat khas - penstabil"struktur seperti gimbal" terbina di dalamnya, dikatakan memberikan penstabilan optik yang ditingkatkan pada arah condong depan-belakang dan kiri-kanan.
Tahun lalu, vivo Malaysia telah melancarkan pelbagai siri telefon pintar yang disediakan untuk kelas pengguna yang pelbagai, termasuk siri V berpatutan mewah yang dikhaskan untuk pengguna kelas menengah rendah; siri S yang muda dan tren yang khusus untuk remaja yang cergas diikuti oleh siri NEX berasaskan prestasi premium yang disediakan untuk pengguna kelas menengah ke atas.