Empat senator angkat sumpah

Iklan
Empat Ahli Dewan Negara hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim.

KUALA LUMPUR - Empat Ahli Dewan Negara hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim.

Mereka ialah Datuk Seri S Vell Paari yang merupakan lantikan Yang di-Pertuan Agong; Mohamad Apandi Mohamad pilihan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan serta Ahmad Yahaya dan Datuk Othman Aziz pilihan DUN Kedah.

Iklan
Iklan

Keempat-empat mereka mengangkat sumpah sebagai senator pada majlis yang berlangsung di Dewan Negara di sini.

Rais ketika berucap mengalu-alukan pelantikan empat ahli baharu Dewan Negara itu menekankan agar isu-isu berkepentingan rakyat diberi tumpuan dan pada masa sama mengelakkan daripada menjadikan persidangan Dewan Negara sebagai medan politik.

Iklan

"Kita ketepikan fahaman politik berasaskan parti seboleh-bolehnya dan hasilkan perbahasan yang berkualiti, dapat menyumbang kepada proses pembinaan negara. Justeru, marilah kita sekata untuk menjadikan dewan ini dihormati terus-menerus dengan cara, kaedah dan pendekatan yang positif.

"Saya ingin menegaskan apabila ahli Yang Berhormat mengurangkan political attachment, yang nyata kita boleh nanti menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan. Namun, kesetiaan kita kepada parti tetap wujud, dalam pada itu kesetiaan kepada negara perlu kita cerminkan menerusi tindakan masing-masing," katanya.- Bernama

Iklan