Trump nafi diserang mini strok

Iklan
Donald Trump

WASHINGTON - Presiden Amerika Syariakt (AS), Donald Trump semalam menafikan khabar angin bahawa satu siri mini strok menjadi penyebab beliau pergi ke sebuah hospital pada tahun lalu sekali gus menganggap dakwaan itu sebagai berita palsu.

Pada November tahun lalu, Trump melakukan kunjungan mengejut ke Pusat Perubatan Reed.

Iklan
Iklan

Secara faktanya, ia bukan termasuk dalam jadual lawatannya yang dibuat di luar protokolnya.

Kunjungan tersebut telah menyebabkan spekulasi mengenai satu isu kesihatan walaupun Rumah Putih menegaskan beliau menjalani pemeriksaan kesihatan tahunannya ketika itu.

Iklan

Bagaimanapun, CNN melaporkan semalam bahawa sebuah buku baharu yang dihasilkan oleh seorang wartawan New York Times, Michael Schmidt mendakwa Naib Presiden, Mike Pence diminta berada dalam keadaan bersedia untuk mengambil alih jawatan presiden buat sementara waktu jika Trump ditidurkan selepas diberikan ubat bius.

Ia yang memperoleh satu naskhah buku tersebut menyatakan penulisnya tidak menyatakan sumber dakwaan tersebut. - AFP

Iklan