Mohd Farid CEO baharu LPPSA

Iklan

SHAH ALAM - Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) melantik Mohd Farid Nawawi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) yang baharu.

LPPSA dalam satu kenyataan berkata, pelantikan itu diumumkan berkuat kuasa pada 1 September 2020.

Iklan
Iklan

"Sebelum ini beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di ASM Development (KL) Sdn Bhd dengan pelbagai pengalaman meluas di dalam pasaran modal hutang, pengumpulan dana, pengurusan perbendaharaan dan kewangan.

"Beliau juga pernah memegang jawatan pengurusan tertinggi di dalam perjalanan kariernya sebelum ini," kata kenyataan itu.

Iklan
Iklan

Mohd Farid yang memperoleh pendidikan menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) memiliki Ijazah Sarjana Muda Perdagangan di University of Wollongong di Australia pada tahun 1989.