'Alhamdulillah, berkat doa orang ramai...'

Iklan
Keadaan Muhammad Nur Azmall sebelum (kiri) dan selepas mata kanan membengkak.

RAWANG - Berkat doa orang ramai, seorang remaja, Muhammad Nur Azmall, 20, yang menghidap penyakit saraf dan mengalami ketumbuhan pada mata kanan kini dalam keadaan stabil.

Kakaknya, Nur Afifah Zainal, 22, berkata, Muhammad Nur Azmall selamat menjalani pembedahan pertama membuang cecair dalam otak akibat sawan pada Jumaat lalu.

Iklan
Iklan

"Azmall kini dalam keadaan stabil namun berada di wad ICU (unit rawatan rapi) susulan wad biasa masih penuh dan kami menunggu jika ada kekosongan.

"Azmall menghidapi penyakit AVM (Arteriovenous Malformation) iaitu penyakit urat saraf yan dikesan sejak 2018 selepas menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh," katanya.

Iklan

Nur Afifah berkongsi penderitaan Muhammad Nur Azmall di media sosial dan meminta netizen mendoakan kesihatan adiknya yang menjalani pembedahan Sabtu lalu.

"Memang saya meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan adik, mana tahu berkat doa ini, ALLAH makbulkan.

Iklan

"Alhamdulillah, ternyata berkat doa semua orang, adik dalam keadaan baik. Cuma buat masa ini masih belum boleh makan tetapi dapat memberi respons mengangguk atau menggeleng kepala.

Nur Afifah bersyukur berkat doa orang ramai adiknya menunjukkan perkembangan positif selepas menjalani pembedahan pada Sabtu lalu.

"Melihat perkembangan itu, kami sangat bersyukur dan berterima kasih kepada mereka yang tidak putus-putus mendoakan adik," katanya kepada Sinar Harian.

Bercerita mengenai penyakit Muhammad Nur Azmall, kata anak sulung daripada tiga beradik itu, semuanya bermula pada tahun 2016.

"Azmall mengalami sakit pada mata kanannya tetapi kami sifatkan itu sakit mata biasa sehinggalah pada awal 2017. Mata adik bengkak seperti ada ketumbuhan. Pada tahun 2018, dia menerima rawatan di Hospital Shah Alam sebelum dirujuk ke Hospital Sungai Buloh untuk bertemu dengan pakar.

"Selepas didiagnosis didapati ada penyakit saraf. Pada Julai lalu, adik ditahan di wad bagi menjalani angiogram iaitu satu pemeriksaan yang menggunakan imbasan sinar-x untuk melihat salur darah.

"Selepas itu, kesihatannya mula merosot dan mula meracau serta berhalusinasi. Adik pernah jatuh, kepala terhentak hingga memberi kesan kepada anggota badannya apabila mengalami separa strok.

"Bila hendak jalan, kami perlu pimpin, bimbang adik akan jatuh," katanya.

Bagaimanapun, kata Nur Afifah, dia dan keluarga tetap bersyukur melihat perkembangan positif kesihatan Muhammad Nur Azmall serta berharap penyakit adiknya sembuh seperti sedia kala.