Dompet hilang 20 tahun lalu ditemui semula

Iklan
Dompet wang yang hilang 20 tahun lalu tetapi akhirnya dijumpai semula di Dublin baru-baru ini. - Foto Facebook/An Garda Siochana

DUBLIN - Sesiapa pun tidak akan menyangka apabila barang yang telah lama hilang akhirnya akan ditemui semula.

Bagaimanapun, di Ireland satu dompet wang yang hilang 20 tahun lalu dikembalikan oleh polis kepada pemiliknya baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Menurut portal berita Dublin Lve pada 26 Ogos lalu, seorang individu telah menyerahkan dompet itu kepada sebuah balai polis di Tallaght Garda, Dublin pada 24 Ogos lepas.

Dompet itu dikatakan telah dijumpai tertanam di sebuah kawasan yang tidak dinyatakan dalam portal itu.

Iklan

Sebelum ini pada tahun 2000, seorang individu membuat laporan kepada polis tentang kehilangannya di sebuah balai polis tetapi dompet tersebut gagal ditemui.

Justeru, pemiliknya membuat keputusan untuk membeli sebuah dompet baharu dan membatalkan kad-kad yang terdapat di dalamnya.

Iklan

Apa yang menakjubkan ialah pihak polis dapat menemui pemiliknya dalam tempoh 24 jam selepas ia diserahkan oleh orang awam yang menemuinya.

Polis dapat mengesan pemilik dompet itu melalui kad-kad yang mengandungi maklumat peribadi dirinya yang terdapat di dalamnya.

Kad pengenalan pelajar dan kad bank adalah antara kad yang disimpan di dalam dompet tersebut.

Pihak polis kemudian menggunakan kemudahan pangkalan untuk mencari pemiliknya sehingga akhirnya berjaya menemuinya.