Tidak kenal erti putus asa

Iklan
Chef Restoran Anggun Chef Kafe mempersembahkan hidangan Anggun Nasi Lemak Rendang Peanut Butter kepada tetamu pada Majlis Pembukaan Restoran Anggun Chef Kafe di MITEC, Kuala Lumpur Selasa lalu.

BERDEPAN pelbagai cabaran antaranya kontrak kafe tidak disambung semasa awal pembabitannya dalam dunia perniagaan berasaskan makanan antara cabaran yang ditempuhi oleh pengasas Anggun Chef Kafe, Mimie Azura Mohamad.

Kurangnya pengalaman ketika itu membuatkan beliau agak naif, terutamanya melibatkan syarat-syarat kontrak.

Iklan
Iklan

"Masa awal pembabitan saya dalam dunia makanan, saya agak naif, terutamanya dalam hal melibatkan kontrak. Jadi, ia menyebabkan kontrak kafe saya tidak disambung.

"Masa tu kontrak dalam dua tahun, masa awal dua tahun kita rasakan kita telah buat yang terbaik rupanya ia tidak. Jadi, atas alasan itu kontrak tidak disambung. Itu antara cabaran saya masa di peringkat awal membuka kafe,” katanya kepada Bisnes Sinar.

Iklan
Mimie Azura menunjukkan Anggun Nasi Lemak Rendang Peanut Butter dan Asam Pedas Lamb Grill Spaghetti pada Majlis Pembukaan Restoran Anggun Chef Kafe di MITEC, Kuala Lumpur Selasa lalu.

Bagi Mimie Azura, apa yang berlaku tidak langsung memutuskan semangat dalam dirinya malah beliau kini boleh berbangga dengan apa yang dimiliki. Pelancaran Anggun Chef Kafe di Malaysian International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur pada Selasa lalu telah membuktikan kerja kerasnya selama ini.

"Bagi saya kegagalan bukan pengakhiran segalanya. Saya belajar dan mengambil beberapa kursus dalam bidang penyediaan makanan untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan.

Iklan

"Atas sebab itu saya cuba mencari lokasi lain yang disifatkan sesuai kepada semua pelanggan untuk datang menikmatinya,” katanya.

Siapa sangka wanita berusia 40-an ini bukanlah seseorang daripada bidang penyediaan makanan, sebaliknya merupakan pekerja di sebuah syarikat teknologi maklumat di ibu negara.

Minat

Minatnya bermula apabila beliau sering membawa makanan ke pejabat setiap kali majlis keramaian dianjurkan.

"Semasa saya bekerja dahulu, saya kerap bawa makanan ke pejabat. Jika ada majlis kecil-kecil saya akan bawa. Saya juga suka mencuba sesuatu yang baharu.

"Misalnya dari segi gabungan antara makanan tempatan dan barat. Gabungan cita rasa ini amat menarik dan rakan-rakan di pejabat pula amat menyukainya,” katanya yang berkongsi cerita mengenai penglibatan beliau dalam bidang penyediaan makanan.

Anggun Dinamik Holding Sdn Bhd yang beroperasi di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur merupakan syarikat pengendali makanan bumiputera yang diasaskannya pada 2011.

"Restoran pertama saya terletak di Plaza Damas 3, Sri Hartamas, Kuala Lumpur yang menyajikan pelbagai sajian enak menu tempatan, barat serta gabungan timur dan barat.

"Alhamdulillah, makanan yang disajikan berjaya menambat selera para pelanggan,” katanya.

Kemudian, beliau mengorak langkah dengan memperkenalkan hidangan siap untuk dimakan sekitar awal 2013 berikutan permintaan tinggi terhadap hidang utama yang disediakan Anggun Fusion.

Tiga menu utama dihasilkan iaitu Sos Asam Pedas, Sos Rendang Mentega Kacang dan Sos Makanan Laut.

Sekitar awal 2015, pemasaran bagi ketiga-tiga sos ini dikembangkan bukan sahaja melibatkan pasaran tempatan malah ke pasaran antarabangsa sekali gus membawa kepada bermulanya perkhidmatan katering di bawah Anggun Fusion.

Anggun Fusion kemudiannya dijenamakan sebagai Anggun Chef yang menggabungkan hidangan autentik tempatan dan barat.

"Kemuncaknya sekitar 2017 sewaktu penganjuran Sukan Sea. Kami sebagai sebuah satu syarikat pengusaha makanan diberi peluang membuka gerai di salah satu lokasi penganjuran sukan berkenaan di MITEC, Kuala Lumpur,” ceritanya.

Prinsip

Mimie Azura berpegang kepada prinsip menu makanan yang disediakan mestilah sesuai untuk semua golongan masyarakat.

Ini antara resipi kejayaan beliau dalam menarik minat pelbagai kaum dan bangsa menghayati makanan disajikan.

"Dalam menyajikan makanan, saya suka menyediakan menu untuk semua, sesuai untuk tempatan mahupun barat. Kita juga bawa beberapa hidangan dan kopi dari Perancis sebab sasaran kita termasuk orang luar.

"Apabila kita menyediakan makanan luar, orang luar datang makan dan nikmatinya tanpa banyak soal. Pada masa sama, kita mahu kepelbagaian hidangan ini dinikmati oleh semua orang,” katanya.

Antara menu termasuk hidangan pencuci mulut yang disajikan pada Majlis Pembukaan Restoran Anggun Chef Kafe di MITEC, Kuala Lumpur Selasa lalu.

Mengenai Anggun Chef Kafe, beliau menekankan tema Elegance in Flavours di restoran berkenaan bagi menunjukkan keanggunan dari segi penyediaan, kualiti, visual, rasa makanan dan gaya hidup.

Berkonsepkan minimalis, pihaknya menyajikan kepelbagaian makanan barat dan Asia atau lebih dikenali sebagai fusion iaitu gaya hidangan yang semakin digemari rakyat Malaysia bahkan di serata dunia.

"Selain harga yang ditawarkan amat berpatutan, makanan yang disediakan juga tidak mengandungi MSG atau perisa tambahan.

"Ramuan yang dipilih berkualiti premium dan disediakan mengikut prosedur dan kebersihan yang ditetapkan,” katanya mengakhiri perbualan.