Kisah Luqman Hakim, Safawi mencipta nama

Iklan
LUQMAN HAKIM, SAFAWI

DI SEBALIK cerita gembira kembali berlangsungnya saingan Liga Malaysia (Liga-M) minggu lalu selepas lima bulan ditangguhkan akibat krisis pandemik Covid-19, ada juga kisah panas menghiasi arena bola sepak Malaysia.

Semuanya bermula dengan kisah pemergian penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin ke Belgium pada 13 Ogos lalu. Selepas beberapa kali hajatnya tertangguh, Luqman Hakim akhirnya ‘terbang’ juga ke Eropah.

Iklan
Iklan

Biarpun ada ‘suara-suara’ yang meragui kemampuan Luqman Hakim, produk sulung Akademi Mokhtar Dahari itu awal-awal lagi sudah mahu membuktikan pemergiannya ke bumi Eropah bukan hanya sekadar ‘makan angin’.

Buktinya, tidak sampai sebulan berkelana ke Belgium, Luqman Hakim sudah mencipta nama di bumi asing. Dia menyumbang satu gol ketika diturunkan dalam skuad Bawah 21 tahun KV Kortrijk minggu lalu.

Iklan

Sedang Luqman Hakim meniti kariernya bersama KV Kortrijk, ‘tiada angin, tiada ribut’ dikhabarkan pula penggempur berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid mendapat tawaran daripada kelab Portugal, Portimonense SC.

Perkhabaran itu sudah tentu dianggap satu lagi berita gembira pada saat Luqman Hakim mula membina reputasi Malaysia di pentas Eropah. Seperti yang kita semua ketahui, Safawi sememangnya berhak mencipta nama di luar negara.

Iklan

Namun, seperkara yang kurang enak didengar apabila ada peminat yang mula membandingkan kisah dua penyerang muda terbaik negara itu.

Ada yang mengatakan bahawa Luqman Hakim lebih bernasib baik kerana dapat ‘kabel’ menyertai KV Kortrijk – salah sebuah kelab Eropah yang dimiliki ahli perniagaan terkemuka Malaysia, Tan Sri Vincent Tan.

Tidak seperti Luqman Hakim, Safawi mendapat lamaran Portimonense SC atas usaha, kerja keras dan kemampuannya sendiri. Maka, atas sebab itu ramai yang berpendapat Safawi memang berhak menyertai kelab Portugal tersebut.

Apa sahaja tanggapan peminat, sewajarnya kita terus memberi sokongan dan mendoakan kejayaan buat Luqman Hakim dan juga Safawi. Hakikat yang pasti, mereka kini sedang membina nama Malaysia di peta antarabangsa.