Pemain Sabah dituntut bangkit atasi Selangor

Iklan
Antara aksi menarik pertemuan Sabah menentang Terengganu FC di Kuala Terengganu baru-baru ini.

SABAH berjanji akan cuba bangkit melakar keputusan positif dalam aksi CIMB Liga Super menentang Selangor di Stadium Likas, malam esok.

Ketua Jurulatih Sabah, Kurniawan Dwi Yulianto menyifatkan kekalahan besar kepada Terengganu FC (TFC) 0-4 minggu lalu menjadi pengajaran berguna kepada pasukannya untuk menampilkan persembahan yang lebih baik.

Iklan
Iklan

"Kekalahan kepada TFC itu menjadi pengalaman berharga kepada pemain apatah lagi kita tak ada perlawanan persahabatan sebelum aksi liga bersambung semula.

"Sudah tentu Selangor merupakan pasukan yang sangat kuat kerana mereka memiliki pemain yang bagus dalam saingan liga. Namun, saya percaya pemain saya akan mampu bangkit.

Iklan

"Kami juga akan bermain di tempat sendiri yang sudah pasti akan memberikan tonik tambahan kepada pasukan. Pemain juga sudah kembali merasai atmosfera perlawanan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mahu para pemainnya menganggap setiap perlawanan umpama final dalam usaha memastikan pasukan dari Borneo itu mampu berada dalam kelompok pasukan terbaik."Baki perlawanan ini perlu kami gunakan sebaik mungkin dan tidak keterlaluan untuk saya anggap ia sebagai final.

Iklan

"Dalam bola sepak kita tidak boleh menjanjikan kemenangan tetapi cuba membuatkan pasukan menjadi lebih baik.

"Beberapa perkara sedang dalam pemerhatian saya untuk diperbaiki antaranya pertahanan, aspek komunikasi dan meminimumkan kesilapan,” kata beliau.