Pengorbanan MIC wajar diteladani MCA, Gerakan

Iklan
Dr Mohd Puad Zarkashi

SHAH ALAM - Pengorbanan MIC memberi ruang untuk Umno bertanding di kerusi tradisi mereka pada PRK Cameron Highlands lalu wajar diteladani MCA dan Gerakan.

Ketua Umno Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, strategi ini patut diteladani MCA serta Gerakan dan kedua-dua parti berkenaan jangan terlalu 'besar kepala'.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mana-mana kerusi yang mereka tidak boleh menang serah pada parti lain seperti Umno terutamanya di kawasan majoriti Melayu.

"Justeru itu, di PRU15, Umno wajar bertanding di Parlimen Ayer Hitam Johor bukan lagi (Datuk Seri) Wee Ka Siong. Dia pun menang tipis di situ, bertandinglah di kawasan majoriti Cina sebagai ‘The true fighter’. Begitu juga di Simpang Renggam (Parlimen).

Iklan

"Keutamaan BN kini adalah untuk menang dalam pilihan raya, jangan difikirkan sangat soal kuota kerusi. Pujian wajar diberikan kepada MIC kerana realistik, setiakawan dan sanggup mengorbankan kerusi di Cameron Highlands kepada Umno dan hasilnya BN menang cemerlang,” katanya dalam satu perkongsian di Facebooknya hari ini.

Mohd Puad berkata, sikap MCA dan Gerakan yang suka menyalahkan Umno menyebabkan pengundi Melayu lagi tawar hati terhadap BN.

Iklan

"Dalam masa sama pengundi Cina semakin alergik dengan nama MCA dan Gerakan. Elok ada alternatif parti Cina lain tetapi sudah tentu bukan DAP yang rasis,” katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN:BN menang, Ramli cipta sejarah Orang Asli jadi MP

ARTIKEL BERKAITAN: Abdul Hadi: Rakyat menolak politik melampau DAP

PRK Cameron Highlands yang berakhir semalam, Ramli yang merupakan bekas pegawai kanan polis daripada BN menang dengan majoriti 3,238 undi.

Ramli memperoleh 12,038 undi mendahului calon PH, M. Manogaran dengan 8,800 undi serta dua calon Bebas, Sallehuddin Ab. Talib (314) dan Wong Seng Yee (276).

Dengan kemenangan itu, Ramli yang merupakan anak tempatan dan berketurunan Orang Asli mencipta sejarah apabila menjadi Ahli Parlimen pertama daripada keturunan Orang Asli di Dewan Rakyat.

PRK Parlimen Cameron Highlands diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya pada 30 Oktober lepas, membatalkan kemenangan calon BN Datuk C Sivarraajh pada PRU14 ekoran berlaku unsur rasuah untuk mendapatkan undi.