Tun M tolak dakwaan Pejuang untuk Mukhriz

Iklan
Dr Mahathir pada sidang media Pejuang di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.

PUTRAJAYA - Pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan penubuhan parti itu untuk memberi laluan kepada anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir supaya diangkat sebagai Perdana Menteri.

Menurutnya, tidak adil bagi dirinya menyekat penglibatan Mukhriz dalam politik.

Iklan
Iklan

"Tak adillah... anak saya pun manusia juga, rakyat negara ini," katanya.

Dr Mahathir berkata, sewaktu memegang jawatan Perdana Menteri ke-4 selama 22 tahun, beliau melarang anaknya menyertai politik, bahkan tidak dibenarkan menjalankan perniagaan di dalam negara.

Iklan

"Sekarang saya tak jadi perdana menteri, saya nak kata... nak jaga nama baik saya awak janganlah masuk politik," katanya pada sidang media Pejuang di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Justeru katanya, beliau hairan ada pihak membuat dakwaan tersebut.

Iklan

"Ramai lagi anak kepada pemimpin politik turut menyertai politik seperti anak Karpal Singh, anak Lim Kit Siang, anak Tun Razak dan anak Tun Hussien.

"Kalau dia (Mukhriz) kata nak buat (sertai politik), tak kan saya kata tunggu saya mati dulu.

"Saya dah 95 tahun, tak berapa lama lagi pergilah. Nanti lama-lama sangat PRU15 tak sempat nak masuk parti mana," katanya.

Turut hadir pada sidang akhbar berkenaan ialah Ahli Parlimen Jerlun, Mukhriz Mahathir, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik, Senator Marzuki Yahya dan Ahli Parlimen Sri Gading, Shaharudin Salleh.