Van de Beek tak sabar mula cabaran bersama Manchester United

Iklan
Donny van de Beek

DONNY van de Beek mengakui tidak sabar memulakan cabaran baharu bersama gergasi Inggeris, Manchester United pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara.

Keterujaan bekas tonggak Ajax Amsterdam menyala selepas Manchester United selesai merekrutnya pada harga 39 juta Euro (RM191.48 juta) dengan kontrak lima tahun berserta pilihan 12 bulan tambahan di Old Trafford.

Iklan
Iklan

Perancang tengah berusia 23 tahun yang akan memakai jersi nombor 34 itu berkata:"Saya tidak dapat menjelaskan betapa luar biasa apabila mendapat peluang menyertai sebuah kelab yang mempunyai sejarah gemilang bola sepak Inggeris dan Eropah.

"Kelab ini mempunyai beberapa pemain tengah terbaik dunia dan saya tahu bahawa saya dapat belajar daripada pengalaman mereka dan sekali gus membentuk kekuatan karakter saya sendiri untuk bekerja dalam satu kumpulan.

Iklan

"Setelah bercakap dengan pengurus mengenai visinya untuk kelab ini, hala tuju kelab ini sangat menggembirakan dan saya tidak sabar menjadi sebahagian pencipta semula sejarah kegemilangan ini.

"Semua orang sebelum ini memberitahu saya mengenai suasana menakjubkan di Old Trafford dan saya tidak sabar untuk mengalami suasana ini setelah penyokong The Red Devils kembali semula ke stadium."

Iklan

Tambah Van de Beek lagi, dia juga berterima kasih kepada semua yang menyokongnya semasa berada di Ajax Amsterdam selama ini.

"Saya dibesarkan di sana dan saya akan sentiasa mempunyai ikatan istimewa dengan Ajax Amsterdam.

"Saya sekarang bersedia untuk mengambil langkah seterusnya dalam karier saya dengan tampil di tahap tertinggi dan tidak ada standard yang lebih tinggi daripada Manchester United," katanya.

Sementara itu, pengurus The Red Devils, Ole Gunnar Solskjaer menyifatkan Van de Beek memiliki semua kemahiran teknikal diperlukan kelab berkenaan selain memiliki keperibadian diperlukan untuk berjaya di Manchester United.

"Kemampuannya melihat ruang, masa mencipta pergerakan dan membaca permainan melengkapkan kualiti yang kita miliki di bahagian tengah dan kedatangannya benar-benar memperkuatkan elemen yang kita miliki di posisi itu.

"Persembahan Van de Beek di Eredivisie dan di Eropah sangat baik sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan kami semua tidak sabar untuk bekerjasama dengannya dalam mengembalikan Manchester United ke landasan sebenarnya," katanya.