Manogaran tak serik kalah, BN tak main isu perkauman

Iklan
Najib bertanyakan keadaan kesihatan Ebby Yus ketika melawat artis itu di rumahnya di Kampung Baru.

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] "Tak tahu, dia tak serik kalah kot," komen ringkas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung tiga kekalahan calon PH, M Manogaran.

Manogaran sebelum ini bertanding pada PRU13 dan PRU14 sebelum dicalonkan sekali lagi di PRK Cameron Highlands dan tewas kepada BN, Ramli Mohd Noor yang perolehi 12,038 undi, semalam.

Iklan
Iklan

Najib juga sangkal kenyataan calon PH itu, mengaitkan kekalahannya disebabkan BN kempen isu perkauman.

"Saya tak setuju sama sekali dengan kaitkan BN bersifat perkauman kerana apa yang dilakukan adalah pertahankan hak orang Melayu dan juga bukan Melayu.

Iklan

"Orang Cina dan India pun sokong BN, kalau kita main isu perkauman tak mungkin mereka undi kita. Umno BN tak pernah berdiri atas platform perkauman," katanya.

Najib terdahulu meluangkan masa kira-kira 15 minit menziarahi pelawak, Ebby Yus, 54 atau Muhammad Yunus Abdul Rashid di rumahnya di Kampung Baru.

Iklan

Beliau berharap lawatannya hari ini dapat mengetengahkan keadaan artis tersebut yang berdepan masalah kesihatan kepada orang ramai dan pihak berkaitan.

"Orang seni banyak hiburkan kita, bila dia susah patutnya kita bantu. Dia putus mata pencarian dan perlu bantuan serta sumbangan.

"Kerajaan patut bantu, semasa zaman BN saya sumbang dana di tabung Yayasan Artis 1Malaysia diuruskan artis sendiri untuk bantu artis," katanya.