Surat sokongan menteri bukan arahan

Iklan
Shamshun Baharin bercakap kepada pemberita selepas Forum Pencegahan Rasuah Malaysia Kali Kedua 2020 hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Penjawat awam tidak boleh menjadikan surat sokongan daripada menteri atau ahli politik sebagai arahan untuk meluluskan sesuatu permohonan, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil.

Menurutnya, tidak menjadi kesalahan jika mana-mana menteri atau orang politik mengeluarkan surat sokongan, dan ia merupakan perkara biasa bagi ahli politik mengeluarkan surat sokongan apabila diminta pengundi di kawasan mereka.

Iklan
Iklan

"Tapi kita sebagai penjawat awam tidak boleh menganggap itu sebagai arahan kepada kita," katanya ketika diminta mengulas laporan mengaitkan ahli-ahli politik dengan surat sokongan.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri forum pencegahan rasuah di sini hari ini, Shamshun Baharin berkata, penjawat awam mempunyai garis panduan supaya tidak menjadikan surat sokongan sebagai arahan ataupun keputusan.

Iklan

"Kakitangan kerajaan tidak boleh menjadikan itu (surat sokongan) sebagai asas untuk membuat keputusan," katanya. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Surat sokongan tular: Tak berlaku salah guna kuasa, kata Ismail

Iklan