SHAH ALAM - Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) meminta mana-mana pihak yang menganjurkan program keusahawanan secara dalam talian turut mewujudkan satu platform maya untuk memudahkan urusan pendaftaran.
Pengerusi PUNB, Tan Sri Noh Omar berkata, pihaknya sentiasa menyokong usaha mewujudkan lebih ramai usahawan untuk berniaga dalam talian jika platform sedemikian boleh diwujudkan.