Harimau Kumbang intai status pendahulu Liga Premier

Iklan
Azmi Muslim - Foto sumber internet

PULAU Pinang kini mengintai peluang status pendahulu Liga Premier selepas tampil aksi menyakinkan apabila mengekalkan rekod tanpa kalah setelah mengharungi lima perlawanan.

Menurut kapten Harimau Kumbang, Azmi Muslim kekalahan Terengganu FC (TFC) II minggu lalu kepada Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi menjadikan saingan liga kembali terbuka kepada semua pasukan.

Iklan
Iklan

Biarpun begitu, Azmi mengakui skuad Hoben Jang Hoben yang bakal ditentang malam esok di Stadium Bandaraya bukan calang-calang pasukan selepas saingan liga kembali bersambung. selepas ditangguhkan lima bulan.

"Sebenarnya semua pasukan berpeluang jika dilihat pada kedudukan liga kerana jurang mata agak rapat dan tiada sebarang ruang untuk keciciran mata jika mahu mengejar slot dua pasukan teratas.

Iklan

"Saya memang akui selepas liga berehat tempoh hari, prestasi pada empat perlawanan lalu sudah tidak boleh jadi ukuran kerana semua pasukan seperti bermula dari bawah serta perbaiki kelemahan masing-masing.

"Kami juga tidak boleh rasa terlalu selesa dengan apa yang kita capai dalam perlawanan lalu kerana perjalanan masih jauh dan bertemu Negeri Sembilan pada minggu ini, kami kena berwaspada dengan kemampuan mereka yang punyai ramai pemain berpengalaman.

Iklan

"Biarpun mungkin rasa seperti kekurangan kerana bermain tanpa penonton yang sentiasa menjadi tulang belakang Pulau Pinang tiap kali beraksi di Stadium Bandaraya, kami harap kelebihan beraksi di tempat sendiri tetap ada pada Pulau Pinang.

"Komitmen yang diberikan oleh dua pemain import, Casagrande dan Endrick (Dos Santos) juga cukup mengagumkan serta pemain-pemain tempatan lain yang sentiasa bekerja keras di atas padang,” katanya dipetik dari laman Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Harimau Kumbang kini menduduki tangga kedua liga setelah meraih tiga kemenangan serta dua keputusan seri selepas lima perlawanan.