TFC waspada Melaka United

Iklan
Dominique menjadi taruhan terbaik TFC bagi menggempur kubu Melaka United malam ini.

TERENGGANU FC (TFC) diharap lebih bersedia untuk berdepan Melaka United pada aksi CIMB Liga Super di Stadium Hang Jebat malam ini.

Pengendali TFC, Nafuzi Zain berkata, biarpun masih segar hasil dua kemenangan berturut-turut setakat ini, anak-anak buahnya tetap perlu berwaspada dengan Melaka United yang pastinya mahu melebarkan rekod kemenangan setelah menewaskan Perak 1-0 minggu lalu.

Iklan
Iklan

"Saya minta kesemua pemain terus kekal konsisten bagi mengharungi perlawanan menentang Melaka United. Bagi saya perlawanan dengan Melaka United ini adalah perlawanan yang agak mencabar.

"Saya harap para pemain tidak leka dan terbuai-buai dengan dua kemenangan sebelum ini. Harap mereka kekal konsisten, fokus dan bersedia untuk kekalkan kedudukan di kelompok atasan," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Ketika mengulas aksi cemerlang Dominique da Silva, Nafuzi berkata, sememangnya apa yang dilakukan oleh awang importnya itu adalah sebagai memenuhi tanggungjawabnya sebagai penyerang utama pasukan.

"Setakat ini Dominique telah melaksanakan tugasnya dengan baik. Kalau dilihat secara keseluruhannya, pemain saya bukannya pemain bintang, tetapi ramai pemain muda.

Iklan

"Cuma bila bercakap tentang Dominique, dia hanya jalankan tugas untuk menjaringkan gol dan dia melakukannya dengan cukup baik setakat ini," jelasnya.