Jangan cepat kritik Zamburger, kata Presiden Kelate. Net

Iklan
Mohd Nurul Mohd Yusof

KOTA BHARU - Mana-mana pihak diminta supaya jangan cepat mengkritik berhubung isu pengambilalihan The Red Warriors (TRW) oleh Zamburger yang merupakan seorang usahawan burger dan pakar pelaburan.

Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.Net), Mohd Nurul Mohd Yusof berkata, Zamburger perlu diberikan ruang untuk membuktikan keupayaan sebenar sebagai pemilik baharu TRW.

Iklan
Iklan

"Jange gaduh nak takir (jangan cepat nak kritik). Saya lebih suka berlapang dada dan memberikan peluang kepada beliau untuk membentangkan segala bentuk perancangan TRW.

"Jika nampak ‘sejuk’ (perlahan) barulah kita tegur. Teguran itu mestilah berhemah dan bukan berbentuk takiran (kritikan melampau),” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam.

Iklan

Beliau mengulas mengenai pengambilalihan TRW oleh Zamburger atau nama penuhnya Norizam Tukiman.

ARTIKEL BERKAITAN: Zamburger beli TRW RM6.8 juta

Iklan

Mohd Nurul berharap Zamburger yang berasal dari Johor dapat melaksanakan tugas dengan baik kerana TRW adalah ‘jiwa’ rakyat Kelantan.

Tambah beliau, sekiranya perjalanan TRW kelak dapat lancar, beliau optimis penyokong akan kembali ke stadium bagi memberikan sokongan.

"Penyokong TRW ada ‘peel’ (perangai) sendiri. Kalau bola okay, stadium akan penuh.

"Kalau tak okay, mereka akan takir. Walaupun takir... mereka tetap akan beli jersi dan turun ke stadium untuk menyokong TRW,” katanya.

Pada masa sama, Mohd Nurul berharap Zamburger dapat memahami selok-belok penyokong Kelantan yang selama ini menjadi tunjang perjuangan TRW.