Yayasan UMP agih bantuan lebih RM9 juta

Iklan
Dari kiri, Md Sharif, Ibrahim dan Dr Wan Azhar bersama antara anak istimewa yang hadir sempena Program UMP Prihatin di UMP Kampus Pekan, kelmarin.

PEKAN - Yayasan Universiti Malaysia Pahang (UMP) mengagihkan lebih RM9 juta sumbangan bagi membantu pelajar dan pelbagai golongan penerima yang memerlukan.

Sehingga kini seramai 70,464 penerima memperoleh manfaat itu termasuk pelajar cemerlang UMP, pelajar miskin, asnaf, golongan B40, pelajar antarabangsa dan komuniti setempat.

Iklan
Iklan

Pengerusi Yayasan UMP, Datuk Seri Md Sharif Shamsuddin berkata, pihak yayasan turut memperuntukkan RM2.2 juta untuk sumbangan insentif pelajar baharu bagi pembiayaan kemasukan ke universiti, insentif kecemerlangan dan biasiswa ijazah sarjana serta lain-lain insentif untuk dimanfaatkan bersama komuniti.

Menurutnya, Yayasan UMP menyasarkan lebih ramai lagi akan menerima manfaat itu.

Iklan

"Kami amat menghargai sumbangan daripada badan-badan korporat, zakat dan juga pihak luar selama ini.

"Melalui sumbangan yang diberikan kepada Yayasan UMP, lebih ramai lagi akan menerima manfaat daripada yayasan ini," katanya ketika berucap sempena Program UMP Prihatin anjuran Yayasan UMP dengan kerjasama Pejabat Naib Canselor (PNC), di di UMP Kampus Pekan di sini.

Iklan

Turut hadir Pengerusi UMP, Datuk Seri Ibrahim Ahmad Canselor UMP, Profesor Ir. Dr. Wan Azhar Wan Yusoff dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Datuk Dr Yuserrie Zainuddin merangkap Timbalan Pengerusi Yayasan UMP.

Pada majlis itu, seramai 63 anak-anak istimewa sekitar komuniti setempat termasuk anak kakitangan UMP dirai dan dihulurkan bantuan.

Sementara itu bagi kakitangan UMP, Siti Hazwani Shuhaimi, 34 dia berterima kasih atas sumbangan dan keprihatinan universiti membantu anaknya, Nur Wanie Aisyah Rahim,8 yang menghidap penyakit hydrocephalus dan dandy walker sejak lahir.

Manakala seorang lagi penerima, Hafizah Mohamad Hamdan, 29 ibu kepada Muhammad Adam Ayrash Abdullah,10 yang mengidap Cerebral Palsy sejak dilahirkan terharu dengan sumbangan yang diterima.

Katanya, sumbangan itu menunjukkan Yayasan UMP sentiasa cakna kepada masyarakat setempat.

Muhammad Adam murid Sekolah Kebangsaan (SK) Serandu di sini sebelum ini pernah menerima kerusi roda khas (Adam’s Chair) yang dihasilkan mahasiswa dan sekumpulan pensyarah dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA).

Yayasan UMP yang dahulu dikenali sebagai MyGift UMP ditubuhkan pada 1 Oktober 2016 bertujuan mengumpul dana daripada orang ramai, syarikat atau institusi untuk kebajikan pelajar UMP.

Kini, Yayasan UMP memperluaskan agihan dana dengan memperkenalkan biasiswa kepada pelajar pascasiswazah bagi membantu pelajar dalam urusan pembayaran yuran pengajian dan mengurangkan beban perbelanjaan serta wang saku sepanjang pengajian penyelidikan di universiti itu.