Anthony Loke harap politik di Malaysia lebih matang

Iklan
Siew Fook (kanan) berkongsi gambarnya bersama Mohamad ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan. Foto: Facebook Anthony Loke Siew Fook

SEREMBAN - Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook berharap budaya politik di negara ini menjadi lebih sivil dan matang pada masa akan datang.

Menerusi hantarannya di Facebook, bekas Menteri Pengangkutan itu berkata, perbezaan politik tidak bermaksud perlu bermusuhan antara satu sama lain.

Iklan
Iklan

"Saya mengenali Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan) sejak tahun 2004, selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-11 beliau mengambil alih pentadbiran Negeri Sembilan daripada Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. Kami menang di kerusi masing-masing buat kali pertama dalam PRU tersebut. Selama 14 tahun, kami duduk bertentangan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan. Beliau sebagai MB (menteri besar), saya sebagai Ketua Pembangkang.

"Walaupun kami mempunyai perbezaan politik, namun saya amat menghormati beliau sebagai MB kerana imej dan pendekatannya yang serius dan 'no-nonsense'," katanya.

Iklan

Kenyataan beliau itu mendapat pelbagai reaksi positif netizen antaranya pemilik akaun Muhammad Zaki Othman yang berkata," dua-dua tokoh ini aku masih tabik dengan prinsip mereka... Moga lebih ramai lagi tokoh seperti dua tokoh ini lahir dalam pucuk pimpinan negara".

Gurmukh Singh pula berkata, ini adalah jenis dan kualiti pemimpin yang kita harapkan.

Iklan

Sementara Abdul Rashid Abdul Manaf berkata, tahniah untuk kedua-dua pemimpin. Teruskan menjadi contoh kepada yang lain, baiki mana yang tidak baik. Terima kritikan dan kematangan.

Begitu juga dengan Azlia Wahana yang berkata, perbezaan ideologi politik bukan alasan saling memusuhi seteru politik, sebaliknya saling mengetengahkan isu melibatkan kepentingan rakyat dan mencari titik persamaan agar kebajikan rakyat terjaga.