Dibuang Bersatu: Belum ada surat rasmi, kata Osman

Iklan
Osman Sapian

JOHOR BAHRU - Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian masih belum menerima sebarang surat rasmi daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berhubung status keahliannya yang didakwa dilucut serta-merta sebagaimana dilaporkan sebuah portal.

"Belum ada lagi surat rasmi dikeluarkan parti," katanya ringkas melalui pesanan aplikasi WhatsApp kepada Sinar Harian.

Iklan
Iklan

Osman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas turut menyelar laporan portal terbabit.

Dalam laporan portal tersebut mendakwa keahlian Osman lucut serta merta secara automatik susulan tindakannya yang didakwa membantu kempen calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim baru-baru ini.

Iklan

Menurut Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Megat Najmuddin dalam laporan portal berkenaan, ADUN Kempas itu tidak perlu didakwa di depan Lembaga Disiplin parti atas tindakannya.

Semalam, menerusi wawancara Sinar Harian bersama Osman, beliau mengakui terbuka menerima apa sahaja keputusan pucuk pimpinan parti terhadap tindakannya berkempen untuk calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi sewaktu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim baru- baru ini.

Iklan

Osman mengakui individu di dalam video yang tular itu adalah dirinya dan menegaskan beliau bertindak sedemikian kerana meluahkan rasa terbuku terhadap Bersatu yang dilihat sering digasak UMNO selain pemimpin Bersatu yang mempertahankan parti.