Gangguan air di Selangor dijangka pulih empat hari lagi

Iklan
Penduduk di SS 17 Subang Jaya beratur mengambil air di lori tangki yang disediakan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Bekalan air di beberapa kawasan di Lembah Klang yang terputus sejak semalam memerlukan sekurang-kurangnya empat hari selepas bacaan tahap pencemaran bau pada sifar ton sebelum mula pulih secara berperingkat, kata Air Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Suhaimi Kamaralzaman berkata, ini kerana Loji Rawatan Air (LRA) terjejas hanya akan kembali beroperasi selepas mencatatkan bacaan tahap pencemaran bau pada tahap sifar ton tiga kali berturut-turut.

Iklan
Iklan

"Setakat ini, bacaan ialah pada satu ton berbanding tiga ton semalam dan LRA Sungai Selangor Fasa 1,2, 3 dan Rantau Panjang masih belum beroperasi,” katanya pada sidang media di Bangunan Air Selangor di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius isu pencemaran tersebut kerana telah menyebabkan LRA terbabit henti tugas melebihi 30 jam.

Katanya, pencemaran itu menjejaskan 1.2 juta akaun pengguna di 1,292 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak serta Kuala Langat.

Iklan

"Kita tiada tempoh yang tepat bila gangguan bekalan air ini akan pulih, justeru bantuan bekalan air akan terus diagihkan melalui lori-lori tangki air dan pengguna disarankan mendapatkan bekalan air melalui pili-pili awam dan Pusat Khidmat Setempat (PKS) yang beroperasi 24 jam sehingga bekalan pulih sepenuhnya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 1,292 kawasan di Lembah Klang alami gangguan bekalan air

Iklan

Terdahulu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari hari ini berkata, sebuah kilang disita dan dikenakan kompaun serta-merta selepas dipercayai melepaskan bahan pelarut ke dalam Sungai Gong yang mengalir ke Sungai Sembah, iaitu antara sungai utama bagi Sungai Selangor.

Semalam, LRA Rantau Panjang dihenti tugas pada 7.15 pagi manakala LRA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SSP2) dan Fasa 3 (SSP3) pada 9 pagi. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN Gangguan bekalan air: Pencemaran masih dikesan di muka sauk