Ilham Centre jangka penyatuan UMNO-Pas tidak bertahan lama

Iklan
Hisommudin (tengah), Dr Hamidin (kiri) dan Dr Mohd Yusri (kanan) pada program 'Wacana Pasca PRK Slim dari Slim ke Borneo: Menuju Pilihan Raya Umum ke-15' di Universiti Malaya hari ini.

SHAH ALAM - Badan penyelidik, Ilham Centre menjangkakan strategi penyatuan Melayu digunakan UMNO dan Pas dalam siri Pilihan Raya Kecil (PRK) tidak akan mampu untuk bertahan lama.

Badan penyelidik itu berpendapat retorik penyatuan Melayu dan ummah itu akan teruji ketika Muafakat Nasional (MN) berunding untuk agihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Iklan
Iklan

Felo penyelidik Ilham Centre, Profesor Madya Dr Hamidin Abd Hamid bagaimanapun berkata, isu agihan kuasa itu akan berterusan kerana tidak dapat diselesaikan kalangan parti tersebut.

"Ketika ini retorik penyatuan Melayu masih menjadi 'lauk utama' di meja makan pengundi. Pada masa sama bila realitinya, pengagihan kuasa dan kerusi, siapa ketua negeri, bahagian dan pusat, itu akan beri cabaran.

Iklan

"Ini badai yang boleh melanda dan persoalan ini belum boleh diselesaikan,” katanya pada program 'Wacana Pasca PRK Slim dari Slim ke Borneo: Menuju Pilihan Raya Umum ke-15' anjuran Ilham Centre dan Universiti Malaya yang berlangsung di Universiti Malaya di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar; Ketua penyelidiknya, Profesor Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim dan Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi serta wartawan, Chan Kok Leong.

Iklan

Mengulas lanjut, Hamidin berkata, kecelaruan akan bertambah jelas menjelang pilihan raya, manakala senario paling buruk akan dapat dilihat apabila berlaku pertembungan tiga penjuru antara parti komponen termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang baru menganggotai MN.

Pas, UMNO

Selain itu, beliau berkata, akan timbul kecelaruan memandangkan satu lagi gabungan iaitu Perikatan Nasional (PN) sudah pun dibentuk di antara parti yang kini membentuk kerajaan.

"Kecelaruan akan bertambah bila makin hampir menjelang pilihan raya umum terutamanya dari sudut struktur parti.

"Bagaimana MN dan PN akan didaftarkan, logo mana mereka nak pakai atau balik semula kepada tiga penjuru. Ini yang akan mencorakkan kerjasama,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut berpandangan bahawa kemenangan besar BN pada PRK Slim tidak boleh dijadikan sebagai kayu ukur untuk menentukan sokongan dalam PRU15.