Penternak lembu jangan leka...

Iklan
Izani (dua, kiri) ketika melawat pasar awam baharu Gual Ipoh, hari ini.

TANAH MERAH - Penternak lembu yang membiarkan haiwan peliharaan itu berkeliaran di negeri ini akan dikenakan tindakan tegas ekoran ia turut menimbulkan masalah dan mengundang kemalangan kepada pengguna terutama di jalan raya.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap penternak yang terlibat kerana perkara itu menyusahkan ramai pihak.

Iklan
Iklan

"Buat masa ini kita melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) agresif menjalankan penguatkuasaan dengan harapan cara ini dapat menyedarkan ramai pihak bahawa kita serius dalam hal itu.

"Sebagai contohnya di pekan Rantau Panjang sebelum ini Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) bertindak agresif, ekoran penternak lembu membiarkan haiwan peliharaan mereka masuk ke kawasan niaga dan menyusahkan ramai pihak,” katanya.

Iklan

Beliau berkata, setakat ini pihaknya turut mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi mendapatkan persetujuan supaya bidang tugas menangkap haiwan berkeliaran itu turut dikuatkuasakan kepada PBT dalam usaha memudahkan usaha membasmi kehadiran haiwan rayau ini.

"Tindakan ini amat perlu kerana sebagai negeri yang menjadi destinasi pelancongan, lembu berkeliaran dalam bilangan yang banyak akan menimbulkan masalah kepada peniaga dan orang ramai.

Iklan

"Oleh itu kita harap usaha ini diambil perhatian dan tidak dipandang enteng kerana kita tegas dalam melaksanakan penguatkuasaan,” katanya