KUALA LUMPUR - Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang masih belum beroperasi semula.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, ujian persampelan yang dijalankan di muka sauk sehingga 8.30 malam ini masih mengesan pencemaran pada tahap satu ton.